Pasang aplikasi terus ke telefon atau tablet Android anda. Nikmati pembelajaran Wuduk dan Solat beranimasi 3D AR bila-bila masa tanpa sebarang bayaran tersembunyi.
Aplikasi lengkap dengan modul Wuduk, Solat Fardu, audio tajwid makhraj, dan soalan kuiz interaktif.
Aplikasi Android Rasmi
Oleh kerana fail APK ini dimuat turun secara terus di luar Google Play Store, ikuti panduan ringkas berikut untuk membolehkan pemasangan.
Tekan butang "Muat Turun Fail APK" di atas menggunakan peranti Android anda.
Selepas selesai muat turun, buka notifikasi atau pergi ke folder Downloads dan tekan fail SmartPray.apk.
Jika keluar amaran keselamatan, pilih Settings dan aktifkan pilihan "Allow from this source".
Tekan butang "Install". Setelah selesai, tekan Open dan benarkan kebenaran kamera untuk pengimbasan AR.
Pastikan peranti anda memenuhi kriteria berikut bagi memastikan penjejakan kamera AR dan model 3D berjalan dengan lancar.
| Komponen | Keperluan Minimum | Disyorkan |
|---|---|---|
| Sistem Operasi (OS) | Android 8.0 (Oreo) | Android 10 atau terkini |
| Memori RAM | 2 GB RAM | 3 GB RAM atau lebih tinggi |
| Kamera Belakang | 5 MP dengan auto-fokus | 8 MP ke atas (HD) |
| Sensor Peranti | Accelerometer | Gyroscope & Accelerometer |
| Ruang Storan Kosong | 200 MB ruang kosong | 400 MB ruang kosong |
| Sambungan Internet | Sambungan internet aktif (Wi-Fi / Data) | Sambungan Wi-Fi atau 4G/5G stabil |
Ini adalah amaran keselamatan biasa sistem Android bagi sebarang fail APK yang dimuat turun terus daripada pelayar web dan bukan melalui Google Play Store. Fail SmartPray.apk adalah selamat dan tidak mengandungi sebarang perisian hasad.
Aplikasi ini hanya memerlukan satu kebenaran utama iaitu Kamera untuk mengesan kad penanda flashcard AR. Aplikasi tidak meminta sebarang akses kepada kenalan, mesej, atau lokasi peribadi anda.
Ya. SmartPray AR memerlukan sambungan internet yang aktif untuk memuatkan modul interaktif AR, audio sebutan makhraj, dan data kuiz pembelajaran secara lancar.